[Sinopsis] Menantu Ting Tong
Tajuk : Menantu Ting Tong
Mula Tayangan : 15 Julai 2016
Masa : Setiap Jumaat-Ahad, 6.58 Petang
Siaran : TV3
Terbitan : Enuja Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20
Pelakon : Azrel Ismail, Nur Ruhainies, Mitilda, Ben Amir, Amyza
Aznan, Tash Yong, Aleza Shadan, Zarina Zainuddin, Arriff Sumbu, Ain
Sufia, Amai Kamarudin, Zulkifli Mohd Salleh
SINOPSIS MENANTU TING TONG
Cerita ini mengisahkan tentang kekecohan dan konflik yang berlaku antara
dua buah keluarga iaitu keluarga Tuan Mazlan dan Puan Rozie serta
keluarga Encik Ismail dan Puan Latifah. Dua buah keluarga yang berbeza
status dan darjat serta cara kehidupan. Keluarga Tuan Mazlan adalah dari
golongan ‘high class’ dan sudah terbiasa dengan kehidupan mewah
manakala keluarga Encik Ismail pula dari golongan sederhana dan sangat
berjimat cermat dengan perbelanjaan harian. Konflik bermula apabila
Marsha anak bongsu pasangan Tuan Mazlan dan Puan Rozie telah jatuh cinta
dengan Luqman anak lelaki Encik Ismail dan Puan Latifah. Puan Rozie
sangat menentang keras perkahwinan mereka kerana baginya Luqman tidak
layak untuk Marsha apatah lagi lepas kahwin Marsha kena tinggal bersama
keluarga mertuanya . Marsha yang sudah biasa tinggal di bangle mewah
yang serba lengkap kini terpaksa tinggal di kawasan perumahan kos rendah
yang sangat sempit dan hanya ada satu bilik air untuk dikongsi bersama
keluarga .
No comments: