Drama 7 Hari Mencintaiku (TV3)
Drama terbaru adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku karya tulisan Siti
Rosmizah bakal mengisi slot Akasia TV3. Mengandingkan Shukri Yahaya dan
Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episod tersebut
mendapat sentuhan sutradara terkenal, Jamal Khan dibawah penerbitan Pena
Creative Pictures Sdn Bhd. Nantikan tayangannya pada bulan November
nanti di TV3.
JUDUL : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min
WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz sebagai Khalil
LAGU TEMA / OST 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video & Lirik : Link
SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU
Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama
Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang
perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini
menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan
impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat
putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah
dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta
lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya
sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan
sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya
pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.
Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil
menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung,
meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia
sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi
kekampungan dan kolot.
Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung.
Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak
Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan
Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla,
tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan
Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia
terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan
hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia
mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang
ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu
untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad
mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah
keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi?
Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas
dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi?
Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi
kegilaan anak-anak gadis kampung?
GAMBAR PELAKON
Sumber: myinfotaip
No comments: