Petua Memutihkan Ketiak Dan Menghilangkan Bau Badan.....
Ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunakan pencukur
bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi
dengan sebaik-baiknya.
Cara-cara untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala, ambil
secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan air
perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut.
Seeloknya semasa mandi.
Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak,
seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini,
ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan
mudah.
Permulaan penggunaan akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai
memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali
seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Sesiapa yang ada masalah ni.... boleh cuba lah...!
p/s : Dapat info ni dah lama... lupa dah kat mana datangnya .. apapun 'sharing is caring'....
No comments: