Tangani Anak Kecil Yang Asyik Bertanya Dan Bercakap....
Anak2 kecil yang baru mula bercakap....comel sesangat. Bertanya itu... ini dengan mulut becoknya. Seronok mendengar si kecil berceloteh. Si kecil banyak bertanya soalan memang perkara normal. Ia sebahagian daripada proses pembelajaran mereka. Tapi adakalanya soalan yang tidak berkesudahan terutama ketika ibu dan ayah sedang sibuk mengejar masa memang boleh menguji kesabaran.
Jangan jadikan pertanyaan2 anak2 kecil ini suatu tekanan. Jadikan
sebagai hiburan yang menyeronokkan. Itu semua tanda2 otak sedang
berhubung dan berkembang. Jangan dimarah dan ditengking anak2 tu...
Kalau dah tak larat menjawab, bagi penjelasan sebaik2nya. Mesti si
kecil memahami.
Anak suka bertanya dan berceloteh tu, antara proses perkembangan si kecil dan ia baik untuk otak mereka. Antaranya :
1. Aktif belajar
Apabila anak bertanya, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran
sendiri. Dia sedang cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi
dengan mencari maklumat. Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang
membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
2. Mencari maklumat
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda
mencari maklumat daripada individu lain yang menurutnya mempunyai lebih
pengetahuan. Dia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak, abang, ahli
keluarga lain bahkan adakalanya kepada pengasuh yang menjaganya.
3. Perlukan jawapan yang betul
Walaupun adakalanya buntu untuk memberikan jawapan yang terbaik tetapi
jangan sekali-kali menyuruh anak berhenti bertanya soalan tersebut. Amat
penting untuk menjawab soalan si anak tetapi, sebaiknya elakkan
menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang
untuknya berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda.
4. Belajar meneroka
Melalui soalan, anak belajar meneroka keadaan sekelilingnya. Apabila si
kecil melihat sesuatu objek atau individu yang menarik minatnya,
mencapai sesuatu objek atau orang atau melihat ibu bapa dalam ekspresi
muka yang berbeza daripada kebiasaan maka akan tercetuslah beberapa
soalan.
5. Membina ayat
Dengan banyak bertanya soalan, si kecil sebenarnya sedang belajar
membina ayat. Biasanya soalan yang sering ditanyakan akan berubah
mengikut perkembangan dirinya.
* Usia 21 - 24 bulan
"Apa tu?"
* Usia 25 - 28 bulan
Bertanya dengan intonasi yang tinggi.
* Usia 26 - 32 bulan
"Kat mana atau di mana?"
* Usia 36 - 40 bulan
"Siapa tu?"
*Usia 40 - 49 bulan
Soalan kenapa, bila dan bagaimana sering menjadi pertuturan mereka.
Rajin2 kan diri menjawab soalan anak2 kecil. Dengarkan lah celoteh si
kecil.... Anak kecil yang asyik berceloteh dan bertanya, itu petanda dia
seorang yang bijak.... ya tak? Jangan asyik dengan telefon bimbit tu.
Berilah perhatian bila anak2 bercerita.
p/s : Teringat anak perempuan aku, masa kecil2 dulu asyik bertanya dan
berceloteh tahap hyper. Dah besar, masih rajin berceloteh. kini belajar
di UITM course Mass Com. Sesuai sangat.... Harap boleh jadi penyampai
radio atau pengacara tv macam Fara Fauzana... hehe!
No comments: